KeLeNdEr Ku...

12 November 2013

CARA MENGIRA MINGGU KEHAMILAN MENGIKUT DUE PERIOD

Assalamualaikum semua..lama x update blog..hari ni rasa teruja sangat nak share dengan semua orang..bila dapat tahu mengandungkan anak ke2 ni macam2 saya search kat mr. google..akhirny dapat juga infomasi yang berguna untuk tatapan bakal ibu & ibu..Cara yang senang bakal ibu & ibu2 nak check berapa usia kehamilan anda..selama mencuba...salam sayang dari saya...
Hari Pertama Haid Terakhir
(HPHT)
Tanggal (DD)
Bulan (MM)
Tahun (YYYY)
Lama Siklus Haid Rata-rata
Boleh tidak diisi
(22 - 45 hari)
*Umumnya 28 hari
Perkiraan Pembuahan
Perkiraan Usia Janin
Perkiraan Siap Dilahirkan
Perkiraan Tanggal Kelahiran
Trimester Pertama
Trimester Kedua
Trimester Ketiga
Mulai Senam Hamil

28 September 2012

Ust Azhar Idrus- Suami Menyakiti Hati Isteri

Ustaz Azhar Idrus- saya sgt suka nasihat2nya menucuk ke jantung..InsyaAllah akan di amalkan suma ajarannya..kes suami menyakiti hati isteri..siuk juga m0 tau ni..slalu org kata kita sakitkan hati suami derhaka tapi bila suami sakitkan hati isteri dosa nya pada ALLAH SWT..so para2 suami & bakal2 suami sygila isteri anda ya..hihi..peace..

Shila Amzah- (Gemilang) The Winner of Asian Wave 2012

Terbaik..shila amzah mengharumkan nama negara..suara dia memang the best..semoga rezekimu bertambah lagi shila amzah..

Untuk Dia

Lagu yang sangat best di dengar..Khas untuk orang yang tersayang my hero MOHAMMAD YAMIN & my lil princess HANIY NUR DINI ALYA..LOVE2 U ALL SO SO MUCH..

Gelagatnya..

Semakin hari haniy ibu banyak menunjukkan perkembangan yang sangat2 memberangsangkan..Dah pandai berkata-kata walaupun masih pelat tapi kadangkalanya ada juga perkataan yang mudah d fahami..Syukur padamu YA ALLAH atas kurniaanmu.. Sangat lucu bila kita suruh dia "Tiger :- nguam2..(dgn suaranya y comel 2 buat hilang penat ibu berkerja)..Cat & duck..3 haiwan ni jak baru dia tahu..tapi xpa usianya baru 1tahun 6bulan dah ok la 2 kn.. Kadang2 ibu terlalu penat & tension haniy y di marah kecian anak ibu..Ibu minta maaf ya..apapa pun semalam pembentangan bajet 2013 tahun depan rezeki haniy lagi bolehlah beli tiket balik sabah..yeaaaa...TQ PM..

24 Ogos 2012

10-08-2012 - Setelah 2 year cuti bersalin..

Seronok sangat kalau dapat cuti lama macam ni..Dapat tengok anak membesar di depan mata..Dapat menjaga dari kecil hingga ke besar..Setelah usia si baby Haniy 1y 5m aku masuk kerja semula..kecian anak ibu terpaksa menyusu FM ( campur BF )Alhamdulillah dalam 3 hari saja si baby Haniy sudah biasakan diri menyusu botol.. Si Ayah, lagilah kecian terpaksa bersengkang mata menjaga si baby Haniy di siang hari..Walaupun berkerja shif malam tapi sanggup berkorban untuk kepentingan diri sendiri..SYUKUR YA ALLAH ATAS KURNIAANMU MENEMUKAN AKU DENGAN JODOH TERBAIK DAN TERHEBAT INI..IBU SAYANG AYAH SANGAT2..WE LOVE YOU SO MUCH.. Sudah 2w aku berkerja si baby haniy macam tahu2 jak si ibu & si ayah mencari duit lebih untuk dia..pandai menjaga diri,bermain sendiri tanpa mengganggu si ayah tido,minum sendiri & yang paling ibu terharu anak ibu sudah pandai tido sendiri & yang paling lucu tido di bawa ketiak ayah..Walaupun dalam usia 1y 5m baby haniy sudah tahu membezakan..SYUKUR YA ALLAH ATAS KURNIAAN YANG TERINDAH YANG KAU BERIKAN UNTUK KAMI SUAMI ISTERI..AMIN YA RABBAL ALAMIN.. Di hari yang berbahagia ini aku panjatkan syukur & doa agar kami sentiasa hidup aman,bahagia & saling memerlukan sehingga akhir zaman..AMIN..
IBU KASIH & CINTA AYAH & HANIY..MUAH MUAH MUAH..

08 Julai 2011

BeNcInTa ~ 1 ~

Keheningan pagi membuatkan seluruh tubuhku menggigil.Terasa enak berbaring berselimutkan hadiah pemberian dari arwah nenek tersayang.Aku dengan malasnya masih ingin melelapkan mata walaupun aku mendengar jelas ayah mengetuk pintu bilikku bertalu-talu.Terasa perit mataku.Seperti sebulan tidak tidur.Semenjak tidak bersekolah aku jadi seorang yang pemalas alias malas untuk bangun pagi padahal aku yang terawal bangun dari adik beradikku yang lain, itu ketika waktu sekolahlah.Namun aku harus gagahkan diri kerana hari ini adalah hari penentu masa depanku.Setelah 3 bulan duduk di rumah menanam anggur tanpa hasil akhirnya keputusan sijil pelajaran Malaysiaku akan diumumkan hari ini.Tidak sabar rasanya.Dadaku? jangan cakaplah bagai bom atom yang telah memusnahkan Bandar Hiroshima.

“Rain,bangunlah matahari dah nak naik ni.Nanti terlewat pula ayah nak pergi kerja.Tak baik anak darah bangun lewat nanti kahwin dengan orang tua”ayah menambah lagi omelannya.

Betulkah?bangun lambat kahwin dengan orang tua?true or not. Confuse dengan pendapat orang dulu-dulu.Aku dengan suara serak basahku ala penyanyi favoriteku ratu rock Malaysia Ella.

“Hujankah ayah?”aku berjenaka dan menambah lagi.

“Dah bangun ni tengah kemas katil”.

Aku memandang keseluruhan bilikku yang serba sederhana.Kemas dan maintain cantik secantik empunya bilik.Itulah salah satu sikapku suka memuji diri tapi tidak menyombong diri.Setelah aku merasa berpuas hati dengan hasil kerjaku hari ini aku menyiapkan diri sederhana mungkin.Sekali lagi aku melihat hasil kerjaku.Masya’Allah indahnya anugerah Tuhan.Walaupun aku tidak mengenakan apa-apa alat mekap tapi aku sudah berpuas hati.Ayah pernah berkata padaku wajahku mirip ibu.Mata,bibir,hidung dan kulitku persis ibu.Bila aku melihat ibu memang benar kata ayah aku adalah klon ibu.Dengan mata yang kuyu dihiasi bulu mata yang panjang dan lentik.Bibir yang merah tanpa bantuan lipstick.Hidung yang mancung dan kecil tanpa bantuan alat pembedahan untuk mengubahnya.Dan kulitku yang kuning langsat menambah lagi keserian wajahku.Syukur aku pada anugerah yang telah ALLAH SWT berikan padaku.Tidak akan aku sia-siakan pemberian-MU ini Ya Allah.Sempat lagi aku bermonolog.

Aku bergegas ke ruang makan.Setiap hari kami sekeluarga akan breakfast bersama.Di ruang makan ada ayah,ibu,abang dan 2 orang adikku yang bersedia menunggu untuk bersarapan.Ayah seorang yang penyayang,baik dan suka berjenaka tapi ayah juga seorang yang tegas apa lagi berkaitan dengan masa.Siapa yang tidak mengenali Cikgu Bahar,guru disiplin di sekolahku Sekolah Menengah Kebangsaan section 19,Shah Alam.Sebut saja nama ayah pasti semua pelajar kecut perut especially pelajar lewat.Di rumah ayah juga tegas mendidik kami agar menghargai masa.Ibu atau lebih afdal digelar oleh jiran-jiran di perumahan pinggiran USJ dengan gelaran puan Aisyah cantik dan lemah lembut.Pandai masak dan seorang suri rumah sepenuh masa.Semua yang ada pada ibu ada juga padaku.Aku kan klon ibu.

“kak Rain ni lambat sangatlah bersiap.Kita orang semua dah lapar tau.”adikku Nur Alya berusia 7 tahun kedua bongsu yang juga manja denganku menyatakan ketidakpuasan hatinya.

“wah kak Rain cantiklah hari ni.Bersolek-soleklah tu.”Nur Aliya adik bongsuku yang juga merangkap kembar Nur Alya mencela.

Aku hanya tersenyum manis sambil mencium kedua-dua adikku.Bila aku melihat diriku biasa-biasa saja.Aku Cuma mengenakan sepasang baju kurung Pahang yang dijahit sendiri oleh ibuku.Kepalaku yang aku hiasi dengan tudung shawl.Cukup simple dan selesa.

Seperti kebiasaannya juga,sebelum memulakan santapan pagi kami akan membaca doa makan dan kali ini giliran Nur Aliya.Setiap hari kami akan bertukar-tukar giliran membaca doa.Ayah dan ibu menitikberatkan soal tata tertip ketika makan apa lagi berkaitan agama.Walaupun hidup kami sekeluarga serba sederhana namun kami adik-beradik tidak pernah menjatuhkan air muka ayah dan ibu.

Berdetik-detik jam di dinding,jarum pendek menunjukkan ke angka 6 dan jarum panjangnya menunjukkan ke angka 9.Ayah sudah berhenti dari santapannya dan itu menunjukkan kami juga harus berhenti dari menjamah masakan ibu.Bergegas kami berempat beradik menyalami tangan ibu untuk mengambil berkat dan restu.Seperti sedia kala ibu akan mencium tangan ayah.

Perjalanan kami dari rumah ke Sekolah Kebangsaan Section 20 yang menempatkan kedua adik kembarku bagi menuntut ilmu tidaklah mengambil masa yang lama hanya 10minit sahaja.

“Lya dan Liya,belajar sungguh-sungguh ya kerana pelajaran saja yang dapat menjamin masa depan kita sekeluarga.Tumpukan perhatian apa yang cikgu kalian ajar ya.”itulah yang ayah sentiasa pesan pada kedua-dua adikku ketika sesampainya kami di sekolah tempat mereka belajar.

“baik ayah”serentak mereka berkata dan menyalam tangan ayah,abang dan aku.

Selepas itu ,ayah meneruskan perjalanan ke destinasi kami yang seterusnya.Ayah mengambil masa 10 minit sahaja untuk sampai ke sekolah tempat ayah mengajar yang juga sekolah tempat aku dan abang menuntut ilmu.Abang adalah pelajar tingkatan 6 atas dan tahun ini adalah tahun akhirnya.Ayah cukup kagum dengan abang kerana abang adalah ketua pelajar dan merangkap ketua pengawas .Walaupun ayah guru disiplin namun pemilihan bagi ketua pengawas terletak di tangan pengetua.Kadang-kadang aku amat bangga mempunyai abang yang berdidikasi dan bertanggungjawab seperti abang.Sebut saja Ahmad Fahdil semua akan gerun.Mana tidaknya abang seperti ayah tegas dalam menjalankan tugas.Ramai juga rakan-rakanku cuba untuk menggoda abang.Tidak kurang juga ada yang cuba berbaik-baik padaku hanya kerana ingin mengambil hati abang.Tapi abang tidak mengendahkan itu semua kerana baginya semua itu meruntuhkan akhlak dan akan menjejaskan pelajaran.Diantara kami berempat abang seorang yang pendiam.Dengan kami hanya sepatah dua saja dia berkata itupun jika ada hal penting.Namun dengan ayah dia tersangatlah rapat siap bergurau senda lagi.

“Rain.”abang menegurku.

“ya bang?”

“Good luck.”abang memberiku kata perangsang.

“Thanks bro”.Aku tersenyum manis.Itulah abangku seorang yang perihatin.Aku menyalam ayah dan abang.Ayah mengusap kepalaku menandakan dia turut memberikan kekuatan semangat.